Cerita ini pernah saya kongsi dalam bentuk video, tetapi kali ini saya tulis untuk bacaan. Cerita ini tidaklah terlalu menakutkan — sekadar hiburan, namun ia benar-benar berlaku kepada saya sendiri.
Semasa kecil, saya suka balik kampung bertemu nenek dan datuk (sebelah mama). Seronok bila balik kampung sebab sepupu-sepupu pun akan berkumpul.
Dipendekkan cerita, satu petang selepas bangun tidur saya mencari abang dan sepupu-sepupu, tetapi tidak jumpa. Saya terdengar bunyi riuh, lalu saya berjalan ke arah bunyi itu. Saya fikir mungkin abang dan sepupu ada di sana.
Rupa-rupanya suara itu datang dari arah pokok asam jawa yang besar. Sampai sahaja di situ, saya ternampak tiga bayang hitam bermata merah. Saiz mereka tidak terlalu tinggi, tidak juga terlalu kecil — sedang-sedang saja. Seorang berada di atas pokok, manakala dua lagi berdiri di bawah pokok.
Saya tidak fikir panjang, terus bertanya:
“Kamu nampak kah abang saya?”
Tiba-tiba ketiga-tiga bayang itu hilang sekelip mata.
Anehnya, saya langsung tidak berasa takut atau terkejut, mungkin kerana masih kecil. Apabila saya cerita kepada mama, beliau berkata di kawasan kampung itu memang tiada budak lain selain kami. Mama juga berpesan supaya tidak pergi ke kawasan pokok asam jawa ketika waktu senja atau maghrib.
Begitulah cerita saya untuk kali ini.
Next: Makhluk Serupa Uncle Saya…
#ceritaseram #ceritapendek #ceritahantu #KisahBenar

No comments:
Post a Comment