Monday, September 22, 2025

Cerita Pendek 3 | Hantu Bas


Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman seram adik saya.

Waktu itu adik saya berumur sekitar 10–11 tahun. Dia selalu tolong mama beli barang di kedai runcit yang terletak betul-betul di seberang jalan rumah. Kadang-kadang saya temankan, kadang-kadang saya tunggu saja di pagar rumah.

Hari itu mama minta dia beli sardin dalam tin untuk makan malam. Waktu lebih kurang pukul 5 atau 6 petang. Mama sempat bertanya:

“Berani ka pergi seorang? Nak kakak teman?”

Adik saya jawab:

“Tak apa, saya ok ja.”

Saya pun tunggu dia di pagar rumah.

Memerhati dari jauh.

Di tepi jalan, adik saya berdiri sambil menunggu bas lalu supaya dia boleh menyeberang. Bas datang perlahan, bunyi enjinnya bergema di senja yang sunyi.

Tiba-tiba… adik saya terhenti. Matanya tepat memandang ke bahagian belakang bas.

Di situ, ada seorang perempuan duduk kaku. Rambutnya panjang menutupi bahu, wajahnya pucat. Tubuhnya… seperti bayangan tembus, samar-samar.

Bas bergerak perlahan.

Dan ketika itu ,kepala perempuan itu berpusing perlahan-lahan… 360 darjah!

Mata kosongnya tepat memandang ke arah adik saya.

Adik saya sangat terkejut, terus berlari sepantas yang boleh ke arah rumah.

Saya yang menunggu di pagar nampak dia pucat, nafas tercungap-cungap. Saya tanya kenapa, tapi dia cuma tarik tangan saya masuk ke dalam.

Di ruang tamu, sambil menangis dia ceritakan semuanya kepada mama.

Malam itu rumah kami sunyi. Tak ada siapa yang berani keluar ke kedai lagi.

Sejak hari itu, kalau adik saya mahu membeli barang pada waktu petang, saya pasti akan temankan dia ,kerana bayangan perempuan di dalam bas itu masih menghantui kami hingga kini.



Cerita Pendek 2: Makhluk Serupa Uncle Saya


Kejadian ini berlaku di kampung saya, di tempat yang sama di mana saya pernah nampak kelibat misteri sebelum ini.

Hari itu, saya sedang menunggu mama saya. Sama ada saya baru lepas mandi atau baru mahu mandi, saya pun sudah lupa. Tempat mandi dulu berada di luar rumah, dan tidak jauh dari pokok asam jawa besar yang selalu buat saya rasa seram bila memandangnya.

Tiba-tiba, dari arah semak berhampiran pokok itu, saya ternampak kelibat yang saya pasti serupa dengan uncle saya. Dia berjalan perlahan menuju ke dalam semak samun. Saya hanya berdiri tercegat, memerhati. Langkahnya perlahan, seolah-olah tidak tergesa-gesa.

Tiba-tiba dia berhenti, menoleh ke belakang. Wajahnya tersenyum… lalu dia mengangkat tangan, melambai-lambai ke arah saya. Saya jadi seram sejuk. Senyumannya terasa pelik, macam memanggil saya datang.

Dia kemudian melangkah masuk lebih jauh ke dalam semak tebal sehingga hilang dari pandangan. Saya menunggu, tetapi dia tidak keluar-keluar. Rasa ingin tahu membuatkan saya perlahan-lahan mendekati semak itu.

Namun sebelum saya sampai, saya terdengar suara nenek (atau mama saya, saya tidak ingat pasti) menegur dari belakang:

“Nak ke mana tu? Jangan ke situ, bahaya!”

Saya cepat-cepat berhenti. Mereka ajak saya pulang. Sampai di rumah, alangkah terkejutnya saya bila nampak uncle saya sedang duduk di ruang tamu, ketawa-ketawa berbual dengan keluarga.

Bila saya ceritakan apa yang saya nampak tadi, mama saya hanya memandang serius dan berkata:

“Itu bukan uncle kamu. Uncle dari tadi di rumah. Jangan pernah main atau pergi ke situ lagi.”

Kata-kata mama itu membuat saya meremang bulu roma. Sampai sekarang, saya masih terfikir siapakah yang saya nampak di semak itu?




Cerita pendek 1 | Bayang Hitam Bermata Merah di Pokok Asam Jawa

Cerita ini pernah saya kongsi dalam bentuk video, tetapi kali ini saya tulis untuk bacaan. Cerita ini tidaklah terlalu menakutkan — sekadar hiburan, namun ia benar-benar berlaku kepada saya sendiri.


Semasa kecil, saya suka balik kampung bertemu nenek dan datuk (sebelah mama). Seronok bila balik kampung sebab sepupu-sepupu pun akan berkumpul.


Dipendekkan cerita, satu petang selepas bangun tidur saya mencari abang dan sepupu-sepupu, tetapi tidak jumpa. Saya terdengar bunyi riuh, lalu saya berjalan ke arah bunyi itu. Saya fikir mungkin abang dan sepupu ada di sana.


Rupa-rupanya suara itu datang dari arah pokok asam jawa yang besar. Sampai sahaja di situ, saya ternampak tiga bayang hitam bermata merah. Saiz mereka tidak terlalu tinggi, tidak juga terlalu kecil — sedang-sedang saja. Seorang berada di atas pokok, manakala dua lagi berdiri di bawah pokok.


Saya tidak fikir panjang, terus bertanya:

“Kamu nampak kah abang saya?”


Tiba-tiba ketiga-tiga bayang itu hilang sekelip mata.


Anehnya, saya langsung tidak berasa takut atau terkejut, mungkin kerana masih kecil. Apabila saya cerita kepada mama, beliau berkata di kawasan kampung itu memang tiada budak lain selain kami. Mama juga berpesan supaya tidak pergi ke kawasan pokok asam jawa ketika waktu senja atau maghrib.


Begitulah cerita saya untuk kali ini.

Next: Makhluk Serupa Uncle Saya…





#ceritaseram #ceritapendek #ceritahantu #KisahBenar

🌷Jenis-Jenis Vegetarian & Diet Berasaskan Tumbuhan. 🌷


🌸Ramai tanya, “Vegetarian boleh makan telur tak?”

Jawapan: Bergantung jenis vegetarian!


Lacto-Ovo Vegetarian – makan susu, keju, yogurt dan telur, tapi tak makan daging.


Lacto-Vegetarian – makan susu, keju, yogurt, tak makan telur & daging.


Ovo-Vegetarian – makan telur, tapi tak makan susu & daging.


Vegan – 100% tumbuhan 🌿, tak makan apa-apa produk haiwan termasuk susu, telur & madu.


Pescatarian – makan ikan & makanan laut 🐟, sayur, buah, kadang makan telur & susu – tapi tak makan daging ayam/lembu/kambing.


📌 Kesimpulan:

Kalau makan telur tapi tak makan daging → masih vegetarian (lacto-ovo)

Kalau makan ikan → pescatarian

Kalau makan ayam → bukan vegetarian ya!


🌸Kenapa Ada Orang Pilih Jadi Vegetarian? 


Bukan semata-mata sebab nak jimat duit,

ramai yang pilih lebih banyak makan sayur kerana jaga kesihatan:


💚 Kurangkan risiko sakit jantung & kolesterol tinggi

💚 Bantu kawal berat badan

💚 Tingkatkan tenaga & sistem imun

💚 Baik untuk penghadaman kerana tinggi serat


Memilih lebih banyak makanan berasaskan tumbuhan adalah salah satu cara untuk hidup lebih sihat dan rasa lebih ringan setiap hari. 


🌷Boleh Kongsi post ini supaya ramai faham perbezaannya 🌷




Saturday, September 20, 2025

Main Benefits of Chia Seeds

1. Rich in Nutrients

Chia seeds are packed with fiber, protein, omega-3, calcium, iron, magnesium, and antioxidants. They help meet your daily nutritional needs even in small amounts.

2. High in Fiber – Good for Digestion

Its high fiber content helps:

• Support a healthy digestive system

• Prevent constipation

• Maintain gut health by feeding good bacteria

3. Supports Heart Health

Omega-3 in chia seeds helps:

• Lower bad cholesterol (LDL)

• Reduce inflammation

• Support healthy blood pressure


4. Energy Booster & Keeps You Full

Chia seeds absorb up to 10–12 times their weight in water, forming a gel. This helps:

• Keep you full for longer

• Control appetite

• Support weight loss diets


5. Strengthens Bones

Rich in calcium, phosphorus, and magnesium, which are essential for strong bones and preventing osteoporosis.


6. Good for Brain & Focus

Omega-3 supports brain function, memory, and may reduce nerve inflammation.


Easy Ways to Enjoy Chia Seeds

• Mix with warm water and let sit 10–15 minutes until it forms a gel

• Add to juice, milk, or smoothies

• Sprinkle over yogurt, salad, or oatmeal







Tuesday, September 16, 2025

Tips mengurangkan kebimbangan

 Dalam dunia serba maju, kebimbangan kian meresahkan. Jika dibiarkan, ia boleh perlahan-lahan menjadi ‘penyakit’ dalam diri. Ambil waktu untuk berhenti sejenak; teliti dan kenal pasti punca sebenar yang membebankan fikiran anda — di situlah kuncinya.


Ingatlah, kebimbangan tidak akan menyelesaikan masalah, malah boleh menambah beban. Kadang-kala kita perlu belajar menerima keadaan. Kita mungkin tidak mampu mengubah masalah yang datang, tetapi kita mampu mengubah diri kita — dengan mengubah cara pandang dan perspektif pemikiran kita.


 Beberapa Tips Untuk Mengurangkan Kebimbangan:


  1. Tarik nafas dalam-dalam – Amalkan teknik pernafasan atau meditasi untuk menenangkan minda.
  2. Kurangkan skrin sebelum tidur – Bantu otak berehat daripada rangsangan visual.
  3. Tulis jurnal – Luahkan isi hati, senaraikan masalah atau perkara yang anda syukuri.
  4. Bergerak ringan – Lakukan regangan atau berjalan sekejap untuk lepaskan ketegangan.
  5. Berdoa atau bermeditasi – Serahkan beban pada Tuhan, dapatkan ketenangan jiwa.
  6. Buat rutin tidur yang menenangkan – Cahaya redup, muzik lembut, atau minuman suam boleh bantu otak sedia untuk rehat.
  7. Amalkan gaya hidup sihat – Pilih makanan seimbang dan lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki 15–30 minit setiap hari.
  8. Belajar bersyukur – Fokus pada perkara yang baik dalam hidup, sekecil apa pun. Rasa syukur dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan kebahagiaan.”




Wednesday, September 10, 2025

The Power of Reading Positive Quotes Every Day

 Life can sometimes feel heavy, with challenges that test our patience and emotions.

But one small habit can bring light to even the hardest days — reading daily positive quotes or motivational words.

Why Read Positive Quotes Daily?

1. Shifts Your Mindset

Positive quotes help you focus on possibilities instead of problems.

They remind you that every day is a chance to start fresh and see life with a hopeful heart.

2. Reduces Stress

When stress takes over, a few gentle words can calm your mind and ease your worries.

They help you breathe, slow down, and find peace within yourself.

3. Builds Confidence

Daily encouragement reminds you of your strength and potential.

You start believing you can overcome obstacles and achieve your dreams.

4. Creates a Healthy Habit

Turning this into a daily routine trains your brain to think positively.

Over time, positivity becomes natural — and so does gratitude.

💡 How to Make It a Daily Practice

  • Morning Routine: Read a quote right after you wake up.
  • Notebook or Journal: Write down a favorite quote each day.
  • Phone Reminder: Set a daily notification with a motivational message.
  • Share with Others: Post one quote a day on social media — inspire someone else too!


Daily motivational words are like sunlight for your soul — gentle but powerful.

Start small, one quote a day, and let it guide you to a calmer, happier life.








Sunday, September 7, 2025

🌱 Peppermint – A Small Plant with Big Healing Benefits 🌱

 Bringing plants into our home is more than just decoration — it’s a way to bring nature’s healing power closer to us. Recently, I added a new little friend to my green corner: Peppermint. Fresh, calming, and full of benefits, peppermint is truly one of nature’s gifts.

🍃 The Healing Power of Peppermint

Peppermint has been valued for centuries for its refreshing aroma and medicinal properties. This small plant carries so many wonderful benefits:

  • Aids Digestion – Peppermint tea or fresh leaves can ease bloating, stomach discomfort, and indigestion.
  • Relieves Headaches & Nausea – The menthol in peppermint helps calm tension headaches and soothe nausea.
  • Boosts Energy & Focus – Its cooling scent uplifts the mind, reduces fatigue, and helps with concentration.
  • Supports Breathing – Inhaling peppermint aroma can clear the sinuses and refresh the respiratory system.
  • Natural Insect Repellent – Keeps mosquitoes and ants away naturally.

🍵 Everyday Uses of Peppermint

Peppermint isn’t only for healing — it’s also wonderful in our daily lives:

  • Brew fresh peppermint tea for relaxation.
  • Add leaves to salads, drinks, or desserts for a refreshing flavor.
  • Use the natural aroma as a calming room freshener.

🌿 Caring for Peppermint

Peppermint is easy to grow and care for:

  • Keep the soil moist but not soggy.
  • Place it in partial sunlight for healthy growth.
  • Best grown in a pot, as peppermint spreads quickly.

With just a little care, your peppermint plant will flourish and give back more than you expect.

✨ A Touch of Calm for the Soul

For me, this small peppermint plant is more than greenery — it’s a reminder that healing often comes in simple, natural ways. Each leaf carries freshness, calm, and peace for the body and the soul. 🌷

Let’s continue to surround ourselves with things that heal, inspire, and bring us closer to nature.







Saturday, September 6, 2025

Hungry ghost festival in taiwan

 


🏮 Hungry Ghost Festival in Taiwan 🏮

Every year, during the 7th lunar month, Taiwanese temples hold the Pǔdù (普渡) ceremony. This tradition is part of the Hungry Ghost Festival, where people pray for safety, prosperity, and peace while showing respect to wandering spirits.


✨ My Experience

Every year, I registered with the temple. Once I registered, the temple prepared a food hamper in my name. The hamper was placed together with many others as an offering during the prayers. After the chanting and rituals were complete, I could bring the hamper home.


For me, this act symbolizes receiving blessings and good fortune. The food, once offered and blessed, becomes a reminder that protection and prosperity are shared with my family.


🌸 Meaning Behind the Ceremony


  • It is a way to appease spirits so they do not bring misfortune.
  • It helps us accumulate merit (功德) for ourselves and our loved ones.
  • Bringing home the hamper is a sign of taking back blessings for the family.



🙏 I find it beautiful how this tradition combines respect for the unseen with a sense of gratitude and community. It reminds us to live with kindness, compassion, and thankfulness.


✨ Have you ever joined a temple ceremony like this? What was your experience? 🌟






Thursday, September 4, 2025

Kesihatan Adalah Keutamaan, Bukan Saiz Badan

 Dalam kehidupan moden, terlalu ramai yang terperangkap dengan idea bahawa kecantikan dan nilai diri bergantung kepada saiz badan. Ada yang menganggap kurus itu lebih baik, gemuk pula tanda tidak sihat. Hakikatnya, saiz tubuh tidak semestinya mencerminkan tahap kesihatan seseorang. Apa yang lebih penting ialah bagaimana kita menjaga diri dari segi fizikal, mental, dan emosi.

🌼Kesihatan Lebih Dari Sekadar Penampilan

Kesihatan sebenar datang daripada gaya hidup sihat. Seseorang yang berbadan kurus tidak semestinya bebas daripada penyakit, begitu juga mereka yang berbadan besar tidak semestinya tidak sihat. Pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, tahap kolesterol, kadar gula dalam darah, serta kekuatan fizikal lebih menggambarkan keadaan tubuh berbanding angka pada penimbang.

🌼Pemakanan Seimbang Adalah Kunci

Tidak kira apa saiz tubuh kita, pemakanan memainkan peranan besar. Makanan seimbang yang mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran, protein, bijirin penuh, dan air mencukupi akan memberikan tenaga, meningkatkan sistem imun, dan melindungi tubuh daripada penyakit kronik. Fokuslah kepada kualiti makanan, bukan sekadar mengira kalori.


🌼Gaya Hidup Aktif

Senaman bukan semata-mata untuk menurunkan berat badan. Ia adalah cara untuk menjaga kesihatan jantung, menguatkan otot dan tulang, serta meningkatkan mood. Aktiviti mudah seperti berjalan, berbasikal, yoga, atau menari di rumah sudah cukup memberi manfaat besar jika dilakukan secara konsisten.

🌼Kesihatan Mental Sama Penting

Sering kali, tekanan untuk mengejar “badan ideal” menyebabkan seseorang mengalami stres, rendah diri, atau kemurungan. Ingatlah, kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal. Belajarlah mencintai diri sendiri, berehat secukupnya, kawal stres dengan cara positif, dan luangkan masa bersama orang tersayang.

🌼Elakkan Body Shaming

Body shaming bukan sahaja menyakitkan perasaan, malah boleh membawa kesan buruk kepada mental dan fizikal seseorang. Kita perlu menghormati tubuh orang lain kerana setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza. Apa yang lebih utama ialah menyokong antara satu sama lain untuk hidup lebih sihat, bukan menjatuhkan dengan kata-kata.

Kesimpulan

Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai. Ia bukan tentang kurus atau gemuk, tetapi bagaimana kita menjaga tubuh, minda, dan jiwa. Jangan terlalu risau tentang saiz badan, sebaliknya utamakan pemakanan sihat, gaya hidup aktif, tidur yang cukup, dan hati yang gembira.


Kerana akhirnya, kesihatan adalah keutamaan sebenar dalam hidup, bukan angka pada penimbang atau saiz pakaian.


Jagalah kesihatan anda mulai dari sekarang!