Soulful Tales
“Welcome to Soulful Tales — a collection of my life stories, motivational lessons, and mysterious ghost tales. Each post is meant to inspire, entertain, and keep your curiosity alive.”
Friday, October 24, 2025
cerita pendek 4 | jengkaut misteri
Sunday, October 12, 2025
Catatan hari ini
๐ธCara saya sembuh dari sakit yang selalu saya hadapi :seperti vertigo etc. ๐ธ
1. Bangkit dengan semangat.
Kunci pertama ialah semangat dan keyakinan untuk sembuh.
Jangan biarkan sakit menguasai diri, tetapi lawan dengan hati yang kuat.
Dari mana datang semangat itu?
Kita sendiri yang perlu membinanya,dengan fikiran yang positif dan harapan yang baik.
2. Usaha terbaik setiap hari.
Jaga pemakanan, jaga waktu tidur, dan dengar apa yang tubuh perlukan.
3.Teruskan bergerak.
Walau hanya berjalan perlahan, tetaplah bergerak ,kerana setiap langkah kecil membawa kita lebih dekat kepada kesembuhan.
4. Percaya dan berdoa.
Minta kesembuhan daripada Tuhan dengan hati yang tulus.
Percayalah kepada kekuasaan-Nya, kerana tiada yang mustahil bagi Tuhan.
๐ท Dengan izin Tuhan, kamu akan sembuh dengan cepat.
Teruskan berjuang dengan semangat dan kepercayaan,kerana kesembuhan itu sedang mendekat.
13-10-2025| 9.03 am
#Kesembuhan #KekuatanDiri #HealingJourney #DoaDanHarapan #selamatpagi
Saturday, October 11, 2025
Cara Mencegah Selesema dan Influenza
Musim hujan dan perubahan cuaca sering buat ramai mudah dijangkiti selesema atau influenza (flu). Walaupun gejalanya nampak hampir sama, influenza boleh menjadi lebih serius, terutama bagi kanak-kanak, warga emas, dan individu yang mempunyai sistem imun lemah.
Untuk melindungi diri dan keluarga, berikut beberapa langkah mudah yang boleh diamalkan setiap hari:
1. Cuci tangan dengan kerap
Basuh tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 20 saat, terutama selepas batuk, bersin, atau menyentuh permukaan awam. Ini langkah paling penting untuk mengelak jangkitan virus.
2. Minum air secukupnya
Air membantu mengekalkan kelembapan saluran pernafasan dan menguatkan daya tahan tubuh. Pastikan minum air putih yang mencukupi setiap hari.
3. Makan makanan seimbang
Ambil buah-buahan, sayur-sayuran, dan protein yang cukup. Nutrisi yang baik penting untuk sistem imun yang kuat.
4. Dapatkan vaksin influenza
Vaksin flu disarankan setiap tahun bagi mereka yang berisiko tinggi. Ia membantu mengurangkan risiko jangkitan serius.
5. Tidur yang mencukupi
Kurang tidur boleh melemahkan imun badan. Dapatkan rehat yang cukup supaya tubuh dapat pulih dan lawan virus dengan lebih baik.
6. Pakai penutup hidung dan mulut bila perlu
Gunakan pelitup muka bila berada di tempat sesak atau jika ada simptom batuk dan bersin,langkah kecil tapi sangat membantu mencegah penularan virus.
๐ธ Kesimpulan:
Mencegah lebih baik daripada merawat. Dengan amalan kebersihan dan gaya hidup sihat setiap hari, kita boleh mengurangkan risiko dijangkiti selesema atau influenza.
Jaga diri, jaga keluarga ๐
#Kesihatan #Influenza #Selesema #Pencegahan #TipsSihat
Monday, September 22, 2025
Cerita Pendek 3 | Hantu Bas
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman seram adik saya.
Waktu itu adik saya berumur sekitar 10–11 tahun. Dia selalu tolong mama beli barang di kedai runcit yang terletak betul-betul di seberang jalan rumah. Kadang-kadang saya temankan, kadang-kadang saya tunggu saja di pagar rumah.
Hari itu mama minta dia beli sardin dalam tin untuk makan malam. Waktu lebih kurang pukul 5 atau 6 petang. Mama sempat bertanya:
“Berani ka pergi seorang? Nak kakak teman?”
Adik saya jawab:
“Tak apa, saya ok ja.”
Saya pun tunggu dia di pagar rumah.
Memerhati dari jauh.
Di tepi jalan, adik saya berdiri sambil menunggu bas lalu supaya dia boleh menyeberang. Bas datang perlahan, bunyi enjinnya bergema di senja yang sunyi.
Tiba-tiba… adik saya terhenti. Matanya tepat memandang ke bahagian belakang bas.
Di situ, ada seorang perempuan duduk kaku. Rambutnya panjang menutupi bahu, wajahnya pucat. Tubuhnya… seperti bayangan tembus, samar-samar.
Bas bergerak perlahan.
Dan ketika itu ,kepala perempuan itu berpusing perlahan-lahan… 360 darjah!
Mata kosongnya tepat memandang ke arah adik saya.
Adik saya sangat terkejut, terus berlari sepantas yang boleh ke arah rumah.
Saya yang menunggu di pagar nampak dia pucat, nafas tercungap-cungap. Saya tanya kenapa, tapi dia cuma tarik tangan saya masuk ke dalam.
Di ruang tamu, sambil menangis dia ceritakan semuanya kepada mama.
Malam itu rumah kami sunyi. Tak ada siapa yang berani keluar ke kedai lagi.
Sejak hari itu, kalau adik saya mahu membeli barang pada waktu petang, saya pasti akan temankan dia ,kerana bayangan perempuan di dalam bas itu masih menghantui kami hingga kini.
Cerita Pendek 2: Makhluk Serupa Uncle Saya
Kejadian ini berlaku di kampung saya, di tempat yang sama di mana saya pernah nampak kelibat misteri sebelum ini.
Hari itu, saya sedang menunggu mama saya. Sama ada saya baru lepas mandi atau baru mahu mandi, saya pun sudah lupa. Tempat mandi dulu berada di luar rumah, dan tidak jauh dari pokok asam jawa besar yang selalu buat saya rasa seram bila memandangnya.
Tiba-tiba, dari arah semak berhampiran pokok itu, saya ternampak kelibat yang saya pasti serupa dengan uncle saya. Dia berjalan perlahan menuju ke dalam semak samun. Saya hanya berdiri tercegat, memerhati. Langkahnya perlahan, seolah-olah tidak tergesa-gesa.
Tiba-tiba dia berhenti, menoleh ke belakang. Wajahnya tersenyum… lalu dia mengangkat tangan, melambai-lambai ke arah saya. Saya jadi seram sejuk. Senyumannya terasa pelik, macam memanggil saya datang.
Dia kemudian melangkah masuk lebih jauh ke dalam semak tebal sehingga hilang dari pandangan. Saya menunggu, tetapi dia tidak keluar-keluar. Rasa ingin tahu membuatkan saya perlahan-lahan mendekati semak itu.
Namun sebelum saya sampai, saya terdengar suara nenek (atau mama saya, saya tidak ingat pasti) menegur dari belakang:
“Nak ke mana tu? Jangan ke situ, bahaya!”
Saya cepat-cepat berhenti. Mereka ajak saya pulang. Sampai di rumah, alangkah terkejutnya saya bila nampak uncle saya sedang duduk di ruang tamu, ketawa-ketawa berbual dengan keluarga.
Bila saya ceritakan apa yang saya nampak tadi, mama saya hanya memandang serius dan berkata:
“Itu bukan uncle kamu. Uncle dari tadi di rumah. Jangan pernah main atau pergi ke situ lagi.”
Kata-kata mama itu membuat saya meremang bulu roma. Sampai sekarang, saya masih terfikir siapakah yang saya nampak di semak itu?
Cerita pendek 1 | Bayang Hitam Bermata Merah di Pokok Asam Jawa
Cerita ini pernah saya kongsi dalam bentuk video, tetapi kali ini saya tulis untuk bacaan. Cerita ini tidaklah terlalu menakutkan — sekadar hiburan, namun ia benar-benar berlaku kepada saya sendiri.
Semasa kecil, saya suka balik kampung bertemu nenek dan datuk (sebelah mama). Seronok bila balik kampung sebab sepupu-sepupu pun akan berkumpul.
Dipendekkan cerita, satu petang selepas bangun tidur saya mencari abang dan sepupu-sepupu, tetapi tidak jumpa. Saya terdengar bunyi riuh, lalu saya berjalan ke arah bunyi itu. Saya fikir mungkin abang dan sepupu ada di sana.
Rupa-rupanya suara itu datang dari arah pokok asam jawa yang besar. Sampai sahaja di situ, saya ternampak tiga bayang hitam bermata merah. Saiz mereka tidak terlalu tinggi, tidak juga terlalu kecil — sedang-sedang saja. Seorang berada di atas pokok, manakala dua lagi berdiri di bawah pokok.
Saya tidak fikir panjang, terus bertanya:
“Kamu nampak kah abang saya?”
Tiba-tiba ketiga-tiga bayang itu hilang sekelip mata.
Anehnya, saya langsung tidak berasa takut atau terkejut, mungkin kerana masih kecil. Apabila saya cerita kepada mama, beliau berkata di kawasan kampung itu memang tiada budak lain selain kami. Mama juga berpesan supaya tidak pergi ke kawasan pokok asam jawa ketika waktu senja atau maghrib.
Begitulah cerita saya untuk kali ini.
Next: Makhluk Serupa Uncle Saya…
#ceritaseram #ceritapendek #ceritahantu #KisahBenar
๐ทJenis-Jenis Vegetarian & Diet Berasaskan Tumbuhan. ๐ท
๐ธRamai tanya, “Vegetarian boleh makan telur tak?”
Jawapan: Bergantung jenis vegetarian!
✅ Lacto-Ovo Vegetarian – makan susu, keju, yogurt dan telur, tapi tak makan daging.
✅ Lacto-Vegetarian – makan susu, keju, yogurt, tak makan telur & daging.
✅ Ovo-Vegetarian – makan telur, tapi tak makan susu & daging.
✅ Vegan – 100% tumbuhan ๐ฟ, tak makan apa-apa produk haiwan termasuk susu, telur & madu.
✅ Pescatarian – makan ikan & makanan laut ๐, sayur, buah, kadang makan telur & susu – tapi tak makan daging ayam/lembu/kambing.
๐ Kesimpulan:
Kalau makan telur tapi tak makan daging → masih vegetarian (lacto-ovo)
Kalau makan ikan → pescatarian
Kalau makan ayam → bukan vegetarian ya!
๐ธKenapa Ada Orang Pilih Jadi Vegetarian?
Bukan semata-mata sebab nak jimat duit,
ramai yang pilih lebih banyak makan sayur kerana jaga kesihatan:
๐ Kurangkan risiko sakit jantung & kolesterol tinggi
๐ Bantu kawal berat badan
๐ Tingkatkan tenaga & sistem imun
๐ Baik untuk penghadaman kerana tinggi serat
Memilih lebih banyak makanan berasaskan tumbuhan adalah salah satu cara untuk hidup lebih sihat dan rasa lebih ringan setiap hari.
๐ทBoleh Kongsi post ini supaya ramai faham perbezaannya ๐ท





